Kewajiban LelakiMelindungi Wanita

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
... Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi
perkawinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang
lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita.
Tanggungjawab lelaki
sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui
firman-Nya bermaksud:"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh karana
Allah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain
(perempuan), dan karana lelaki selepas menafkahkan sebagian daripada harta
mereka (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan
lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai
pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan
menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka.
Islam melarang sama
sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda
bermaksud: "Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya
seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada
hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak
untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang
menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada
suami mereka.
Apabila Rasulullah
mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya ramai wanita
datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami
kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang
suami yang baik.
Rasulullah sering
menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan
sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan halaman dan kerja
lain.
Sifat ringan tangan
suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas
isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat kepada istri. Isteri merasakan dirinya lebih
disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja
rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, keceriaan dan
menghargai apa yang dilakukan bersama-sama.
Suami yang sama-sama
membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan
keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, banyak suami yang secara sengaja
mengotori kawasan rumah dengan bubuk dan puntung rokok yang dibuang berserakan dan kemudian menyuruh si isteri pula yang membersihkannya.
Melakukan kebaikan
kepada isteri adalah sebagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sadar
bahwa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.
Sabda Rasulullah
bermaksud: "Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik
terhadap istrinya dan akulah orang paling baik terhadap istri dari kalangan
kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya
bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama
ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya.
Sikap baik Rasulullah
terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah.
Diriwayatkan oleh
Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak
pernah sekalipun memukul istri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik
terhadap istri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu
untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk istri. Adalah menjadi hak
istri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya.
Sabda Rasulullah SAW
bermaksud: "Tanggung jawab suami terhadap istrinya adalah apabila kamu
makan, hendaklah kamu beri makanan untuk istrimu. Apabila kamu memakai
pakaian, kamu berikan pakaian untuk istrimu.
Jangan kamu pukul
istrimu pada bagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di
hadapannya yaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu
tinggalkan istrimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu
Daud)
Ini mengajarkan untuk bertutur
kata yang lunak, bersikap adil bersama istri sekiranya si suami berpoligami,
memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumah tangga, menutup
kelemahan istri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk
terhadap istri adalah sebagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami.
Isteri yang selalu
dihardik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul
perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Barang siapa yang suka mengamalkan
sikap bengis dan suka menakut-nakutkan istri dengan perkataan kasar akan
terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah
sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik.
Islam telah menetapkan
garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan
mudharat lain yang tidak diundang, seperti memukul dibagian muka serta
jangan memukul dengan pukulan yang menciderakannya. Pukulan ini juga dibenarkan
setelah istri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah
tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa
menjaga perasaan para istri baginda dan pandai memikat hati mereka dengan
bergurau.
Sememangnya wanita suka dimanjai
dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf
dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal
ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie,
Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah.
Meskipun Rasulullah
pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan
jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama istri baginda
dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di
dalam(riwayat Tarmizi dan Muslim)
"Mukmin yang paling
sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama
istrinya." Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka
bijaksana melayani istri dan berbudi pekerti mulia.
Demikianlah adab Rasul
bersama istri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk
bertemu Allah..
Wallahua’lam bish
Shawwab ....Barakallahufikum.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar