Beruntunglah diciptakanSebagai Wanita Islam

Nafsu mengatakan wanita
cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan
kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
Bagi wanita bacalah dan
lihatlah sendiri di mana Allah tempatkan darjat anda sebagai hamba yang
disayangi. Janganlah kita salah gunakan!
Ingatlah akan
kebesaran-Nya, Allah itu Maha Adil. Jadi sayangilah mereka seadanya, ingatilah
dan ingatkan mereka, nasihatilah mereka, kasihanilah, janganlah kita tempatkan
mereka (lelaki) di tempat yang dimurkai Allah (bukan semua lelaki yang tidak
bertanggungjawab)
Kaum wanita ingatlah
dalam diri anda dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu yang boleh dijadikan anda
lupa diri, ria, dengki, hilang sabar, marah, malas, hati kurang bersih,
mengumpat, mudah terpengaruh dan sebagainya.
Coba perhatikan sedikit
perihal berkaitan dengan keistimewaan wanita diciptakan 9 nafsu 1 akal.
Fungsi akal ialah
memberi pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. Biasanya akal menjadi
lemah atau hilang pertimbangan jika menghadapi tekanan perasaan.
Di sini wanita lebih
banyak menggunakan perasaan dan emosinya berbanding lelaki. Manakala lelaki
banyak menggunakan akal daripada perasaan. Ini semua kerana fitrah, wanita
diberi tugas biologi yang berbeda seperti mengandung, menyusui, memelihara anak
dan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan emosi dan perasaan.
Perasaan dan emosi
mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih
sayang sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila
seorang bapa memarahi dan memukul anaknya, si ibulah yang menenangkan kembali
si anak dengan belaian kasih sayang.
Kekurangan akal bagi
wanita bukanlah ianya tercela kerana kekurangan ini memang fitrah Ilahi, malah
ia adalah kelebihan wanita dan yang patut di banggakan oleh wanita dengan
fitrah femininnya.
Wanita juga kurang
agamanya yang Allah melonggarkan hak kewajipan agama keatasnya misalnya wanita
tidak perlu solat dan puasa semasa haidh dan nifas tidak wajib Juma’at dan
berjama’ah di masjid dan tidak wajib ke medan jihad.
Kekurangan kewajipan
agama bagi wanita bukanlah berarti wanita kurang pahala atau merendahkan taraf
wanita. Masing-masing mendapat ganjaran pahala sesuai dengan tugas dan fitrah
kejadian mereka.
Firman Allah: Bagi
lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian
drpada apa yang mereka usahakan. (maksud: an Nisaa’:32)
Di akhirat nanti ada 4
golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita.
1. Ayahnya
Jika seseorang yang
bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan
sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup
kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.
Duhai lelaki yg bergelar
Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar
shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak
terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.
2. Suaminya
Apabila suami tidak
mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias
diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.
Jika suami mendiam istri
yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalatnya
yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka
dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.
Duhai lelaki yang
bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka
terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.
3. Saudara Lelakinya
Apabila ayahnya sudah
tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya
(kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau
keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di
akhirat kelak.
Duhai lelaki yg
mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah
yang lain. Karena kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak
laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam
Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka
anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan
bersama menemani ibunya di Neraka.
Duhai anak lelaki,
sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga
insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman
neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar