Apakah 5 kekuatan wanita itu?

1) Air matanya
Semua pria pasti maklum air
mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana
Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih
menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara
perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika
sedih, gembira, marah, dan terharu. karana semua itu fitrah. dan mana syaitan
bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki
sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya
tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.
2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik
kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan dalam
melenturkan hati lelaki. apalagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana
itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah
kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan katakanlah kepada
wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah
jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.
3) Tutur katanya
wanita ini memiliki suara
yang berbeda berbanding lelaki. nada suaranya lembut. Subhanallah. karena itu,
syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja
dimanja-manjakan. Bisa buat cair hati si kaum Adam mendengarnya. oleh yang
demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. karena
manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.
4) Lirikan matanya
Sesetengah berpendapat,
kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu,
maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila
mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan
kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri.
bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam.
karena itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan
lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu
mendelikan matanya. lelaki merasakan sangat seksi.
5) Keyakinannya
Sebagian lelaki tidak
memandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan
wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin
bila berbicara, sentiasa happy go lucky, ciri-ciri ini sangat meluluhkan hati
lelaki walaupun rupa parasnya dalam level 'Lumayan
Bagaimana jalan
penyelesainya?
Kedua-duanya, sama ada
lelaki maupun perempuan. yang paling penting, bersihkan diri dan sucikan
hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk
buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita.
semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah.